Miss Right Synopsis and Characters
0 Adorable | Rabu, 19 Jun 2013 1:06 PG
Miss Right Synopsis and Characters
0 Adorable | Rabu, 19 Jun 2013 1:06 PG
Chapter 3
0 Adorable | Sabtu, 20 April 2013 10:33 PTG Sebarang kesilapan tatabahasa atau ejaan, mohon maaf :D
Ljoe POV
Suasana dibilik Lee
Byung Hun kelihatan kemas dan bersih . Itulah tugas harian Ljoe selepas bangun
tidur . Usai mengemas dia berlalu untuk bersarapan . Diruang makan kelihatan
ahli keluarga Ljoe sedang menikmati hidangan masing-masing . Appa Ljoe , Mr Lee
merupakan seorang ahli perniagaan yang terkemuka . Ommanya pula Mrs Lee
merupakan suri rumah tangga sepenuhnya . Ljoe mempunyai 2 orang adik beradik
iaitu unnienya Lee Jung Ah yang berusia 28 tahun . Manakala abangnya Lee
Chi Hoon yang berusia 26 tahun . Dan Lee Byung Hun merupakan anak bongsu dan
baru berusia 24 tahun .
Tanpa
membuang masa Ljoe turut menyertai keluarganya bersarapan .
“Ljoe , how you
study now ?” .
Belum sempat Ljoe melabuhkan punggungnya
diatas kerusi , appanya telah bersuara .
“Hmm , today baru
Ljoe start study appa . Tulah appa asyik busy je sampai anak sendiri tak tahu
dah start study ke belum” .
Ngomel
Ljoe sambil menyuapkan kimchi pancake buatan ommanya .
“Sorrylah , appa
terlampau busy sekarang . Tapi tak semesti appa lupa tentang anak appa” . Ljoe
hanya mengangguk sambil menyuap pancake
yang entah berapa kali disuap .
Ljoe melihat
wajah unnienya Jung Ah yang sarat hamil .
“Tak lama lagi jadi pakciklah aku” , detik
hati Ljoe . Unnienya sudah setahun mendirikan rumah tangga bersama Lee Seung Gi
. Baru kini mereka dikurniakan cahaya mata .
Usai
makan Ljoe meminta diri untuk ke universiti . Ljoe terus mancapai kunci Sedan
kesayangannya . Kereta itu hasil duit simpanan yang dikumpul oleh Ljoe sendiri
. Sepanjang perjalanan dikepala Ljoe hanya terfikir mengenai Hyo Jin .
Wajahnya
yang manis dengan lesung pipit di kedua belah pipinya menambahkan keayuan
wajahnya . Hyo Jin seorang yang bertubuh langsing dan tinggi ibarat model ,
berbibir nipis , berambut panjang lurus dan berkulit putih langsat .
Sedar
tidak sedar Ljoe telah tiba diparking Seoul University . Dengan gaya yang
bersahaja dia melangkah masuk ke dalam. Sebenarnya kelasnya lambat bermula .
Tujuan dia hadir awal kerana ingin melihat Hyo Jin . Dia terus melangkah ke
kantin . Sepanjang perjalanannya ke kantin , banyak juga gadis-gadis yang
memandang Ljoe dengan teruja . Mungkin kerana kehensemannya hari ini .
Apabila
menjejakkan kaki , Ljoe dapat melihat Hyo
Jin duduk keseorangan sambil membaca buku . Dengan pantas dia menuju ke tempat Hyo
Jin duduk .
“Hai , Hyo Jin”
sapa Ljoe .
Hyo Jin yang tadi
khusyuk membaca jadi hilang tumpuan akibat ditegur seseorang .
Hyo Jin hampir
tercengang apabila melihat wajah yang berada dihadapannya . Ljoe berkemeja
hitam bergaris putih tampak hensem dan kelihatan seperti orang bekerja di
pejabat .
“Hai juga” , sambil menahan malu kerana
berhadapan dengan orang yang disukainya .
“Boleh
duduk ? Hmm , rasanya Hyo Jin tak payah jawab . Mesti Hyo Jin cakap duduklah ni
bukan hak saya” .
Hyo Jin hanya
ketawa kecil melihat aksi Ljoe melakonkan kembali ayatnya .
“Manisnya
muka Hyo Jin bila ketawa” .
Sambil Ljoe melabuhkan punggungnya diatas
kerusi . Hyo Jin yang tadi ketawa terus berhenti dan pipinya yang putih
bertukar menjadi merah akibat pujian yang diterima .
“Tak adalah .
Biasa je . Macam Ljoe tak pernah tengok orang ketawa” .
Ljoe hanya ketawa
apabila Hyo Jin cuba menahan malunya . Manis sungguh dia , detik hati Ljoe
.
“Tapi
senyum yang ini lain , manis macam gula” . Tambah Ljoe seraya ingin mengusik Hyo
Jin yang masih terkebil-kebil menahan malu .
“Apa-apa jelah . Eh , Ljoe tak masuk kelas
lagi ke?” . Sengaja Hyo Jin mereka topik
baru supaya tidak diusik Ljoe .
“Lambat
lagi . Pukul 11 baru start . Lagipun baru pukul 9” . Kata Ljoe sambil melihat
jam tangannya .
“Kenapa datang
awal sangat ?” . Tambah Hyo Jin .
“Saja datang awal nak jumpa buah hati” . Kata Ljoe
selamba kerana ingin melihat air muka Hyo Jin .
Hyo
Jin agak kaget mendengar ayat ‘buah hati’ . Jadi benarlah dugaan dia selama ini
. Rupanya dia hanya bertepuk sebelah tangan . Mujur dia tidak mengikut cadangan
Joe , teman chattingnya .
“Ohh
, gitu . Pergilah jumpa dia . Mesti dia dah lama tunggu” Kata Hyo Jin walaupun
hatinya pedih bagai diguris sembilu . Ljoe yang dapat melihat perubahan wajah Hyo
Jin hanya mampu menahan ketawa .
“Tadi
dah jumpa . Rugi Hyo Jin tak ikut . Orangnya cantik sangat . Manis macam gula .
Macam Hyo Jin juga” .
Hyo Jin hanya
mengangguk tanda dia faham .
“Hyo Jin tak nak
ke jumpa buah hati Ljoe ? Dia dekat-dekat je dekat sini” .
Pantas
Hyo Jin menghalang Ljoe menunjukkan ‘buah hatinya” itu .
“Tak apalah Ljoe
. Maybe lain kali . Hyo Jin ada hal lain . Hyo Jin pergi dulu ya “ . Hyo Jin
telah mencapai beg tangannya untuk beredar dari situ .
Belum sempat Hyo
Jin melangkah , Ljoe menarik tangannya lalu berbisik sesuatu .
“Buah hati saya
tu Hyo Jin lah” . Lantas Hyo Jin memandang Ljoe yang sedang mengenyit mata
padanya lalu beredar meninggalkan Hyo Jin yang masih dalam keadaan kaget .
Sepanjang
dalam kelas Hyo Jin tidak dapat menumpukan perhatian . Semua ini gara-gara Lee
Byung Hun . Hatinya berbunga-bunga
sebentar tadi kerana ayat yang dikata oleh Ljoe .
Setelah
kelas tamat , Hyo Jin bercadang untuk terus pulang . Ketika sedang berjalan ,
kedengaran suara yang memanggil namanya . Lalu dia berpaling dan kelihatan Ljoe
termengah-mengah akibat mengejar Hyo Jin .
“Kenapa Ljoe ni ?
Kena kejar dengan hantu ke ?” .
Ljoe yang masih
kepenatan hanya membiarkan soalan Hyo Jin berlalu ditiup angin .
“Tak adalah . Ljoe
nak beritahu yang Ljoe nak ajak Hyo Jin makan malam esok” . Hyo Jin masih buntu
. Adakah dia ingin mengikut Ljoe atau menolak permintaan lelaki tersebut .
“Hmm
, Hyo Jin tak pasti lah . Mungkin lain kali je kot” .
Hyo Jin dapat
melihat wajah Ljoe sudah mencuka akibat dia menolak permintaan lelaki tersebut
.
“Ok Hyo Jin pergi . Ljoe janganlah buat muka
macam tu . Tak hensem tau” . Ljoe sudah menunjukkan reaksi wajah gembiranya .
Lantas dia dan Hyo Jin membawa haluan masing-masing .
Chapter 2
0 Adorable | 10:30 PTG Sebarang kesilapan tatabahasa atau ejaan, mohon maaf :D
Hyojin POV
Makan malam hari ini banyak yang omma
masak . Aku pun agak pelik sebab petang tadi omma menyuruh aku agar berpakaian
cantik untuk makan malam . Katanya ada tetamu . Aku terus ke dapur untuk
membantu omma . Adikku Hwang Hyungseuk hari ini sudah pulang ke asramanya ,
jadi tinggallah kami 4 beranak .
“Omma
, mana abang Taejun ? Dia tak balik lagi ke ?” .
Omma yang sedang
mengoreng ikan terus memandang aku .
“Mungkin dia
pergi jemput tetamu kita hari ini kot . Appa kamu pula mesti dibilik bacaannya
. Pergi panggil appa Hyo Jin . Sekejap lagi tetamu dah nak datang” .
‘Tetamu’ ! Siapa yang dimaksudkan oleh omma .
Tanpa membuang masa aku menaiki tangga menuju ke bilik bacaan appa .
Jam
sudah menunjukkan tepat pukul 8:30 malam . Dan abangku masih belum sampai .
Perutku sudah mendendangkan lagu Gee iaitu lagu penyanyi korea kegemaranku .
Manakala appa dan omma hanya kelihatan tenang menonton televisyen . Diluar kedengaran hon kereta abangku ,
menandakan dia sudah pulang .
Dengan
pantas aku pergi membuka pintu . Belum sempat aku memarahi abangku , terkaku
aku apabila melihat susuk tubuh manusia yang berada dihadapanku .
“Ljoe ?” itulah
ayat pertama yang keluar dari bibirku ketika melihat manusia di depan mataku .
Omma dan appa terus menghampiri aku yang masih
kaget dengan kejadian ini .
“Eh , Ljoe .
Kenapa lambat sampai . Lama uncle tunggu” .
Kelihatan appa
bersalaman dengan Ljoe .
“Sorry uncle .
Tadi masa Taejun datang , Ljoe belum bersiap sebab tertidur . Maaf ya semua !”
.
Kemudian abangku
pula datang menghampiri kami .
“Hah , apa
tercegat lagi dekat sini . Jomlah makan . Taejun dah lapar ni disebabkan tunggu
anak raja ni bersiap !” .
Mereka semua
ketawa kecuali aku yang masih tak faham dengan situasi ini . Bagaimana omma dan
appa mengenali Lee Byung Hun ?
Usai makan appa ,
abang dan Ljoe beredar ke ruang tamu . Manakala omma dan aku sedang mengemas
dapur . Sempat juga aku mengintai Ljoe dari dapur . Malam ni dia kelihatan
macho dengan baju t-shirt dan seluar jeans walaupun penampilannya ringkas .
Habis makan malam Ljoe terus
meminta diri untuk pulang . Abangku menawarkan diri untuk menghantar Ljoe ,
tetapi ditolak keras oleh Ljoe . Katanya ada orang yang ingin menjemputnya .
Setelah Ljoe beredar , aku terus
melangkahkan kaki ke dalam bilik lalu menghempaskan badan di atas katil .
“Hmm . Siapa ya yang jemput dia . Tak kan girlfriend
dia . Adoi , susah lah macam ni” . Fikiran aku hanya tertumpu siapa yang
menjemput Ljoe . Makin difikir makin kusut kepala otak aku . “Eh , yang aku
busybody pasal dia ni kenapa ! Ish” .
Lantas aku
mengambil laptop lalu online blog ciptaanku . Malam ini aku lebih banyak
bercerita megenai mengenai Ljoe a.k.a Mr.L . Aku memberi gelaran dia sebegitu
agar orang lain tidak dapat mengenali dia .
Semasa
aku mendaftarkan diri di universiti , aku terserempak dengan seorang lelaki
yang ku gelar Mr. L . Dia seorang yang
sopan dan berbudi . Tapi sebenarnya aku lebih tertarik dengan wajahnya yang
halus dan senyuman yang tersangat manis ! Aduh , bila teringat boleh jadi angau
. Tapi malangnya aku merasakan bahawa Mr.L mempunyai girlfriend . Malam tadi
keluarga aku menjemput dia untuk makan malam dirumah kerana dia rakan lama
abangku . Ketika dia mahu pulang ada orang yang menjemputnya . Aku dapat
merasakan bahwa itu kekasihnya . Wahai Mr. L andai kau tahu aku terluka saat
melihat dirimu pergi bersamanya . Aku tahu perkenalan ini begitu singkat tetapi
hatiku memaksa aku untuk mencintaimu . Aku berharap agar kau dapat memberiku sedikit
kasih sayang dari dirimu . Aku juga berharap cintaku padamu tidak mengadakan
jurang untuk kita tetap berkawan .
Sedang aku
meng’update’ blogku kelihatan satu komen mengenai Mr. L . Apabila aku membuka
kelihatan Joe yang memberi komen .
Hai , Hyojin. Mengenai cerita awak
kali ni mungkin saya boleh beri sedikit pendapat . Saya tahu Mr. L mungkin
lelaki pujaan awak , tetapi mungkin awak tak perlu berburuk sangka . Mungkin
yang menjemput Mr. L ahli keluarga atau rakan . Untuk kepastian , awak terus
saja bersemuka dengan dia . Tentang perasaan awak , better awak berterus terang
saja dengan dia . Mungkin juga dia ada menyimpan perasaan pada awak . Lelaki
sukar ingin menunjukkan cintanya kepada wanita . Mereka lebih menyimpan didalam
hati . Untuk tahu awak perlulah berfikir cara ingin mengorek isi hati mereka .
Good Luck . ( Joe)
Setelah aku
membaca komen Joe aku terus menutup laptop ku . Mungkin benar juga kata dia .
Tapi aku belum bersedia kerana baru pertama kali aku bertemu dia . “Hyo Jin kau
kena kuat . Takkan sebab Lee Byung Hun kau lemah . Kau baru kenal dia Hyo Jin .
Kau belum tahu siapa dia sebenarnya” Aku cuba yakinkan diri aku agar jangan
mudah jatuh cinta .
Belum sempat aku
melelapkan mata , abangku telah masuk ke bilikku .
“Psstt adik” . Lantas aku bangun dari baringan
aku .
“Ya. Ada apa abang datang jumpa Hyo Jin ?”
Malam ini abangku hanya bersinglet dan berseluar pendek . Terserlah badan sasa
abangku .
“Abang nak cakap
sesuatu . Tapi Hyo Jin janji jangan bagi tahu sesiapa ok also omma and appa .
Promise ?” .
Sambil abangku menunjukkan muka kesian dia .
Abang aku tahu aku lemah bila melihat wajah kesian dia .”
Ok Hyo Jin
promise . By the way , apa bang ?”. Kelihatan abang aku membetulkan
kedudukannya di depan aku . Aku juga terikut-ikut melakukan aksi seperti abang
aku .
“Sebenarnya abang
ada jatuh cinta dekat seorang perempuan ni” . Kata abangku sambil malu-malu .
“OMG !” .
Kedengaran suara aku yang sedikit menjerit akibat terkejut . Lantas abang
menutup mulut aku .
“ Hyo Jin , Taejun
! Apa lagi tu tak tidur , kan dah lewat malam ni . Esok lambat bangun” .
Kedengaran omma
memarahi kami berdua ditingkat bawah . Pantas abang berlari masuk bilik
manakala aku sudah baring ditutup dengan selimut .
Chapter 1
0 Adorable | 10:24 PTG
Hyojin POV
Pagi yang dingin
membuat ku tersedar dari mimpi-mimpi indahku. . Park Hyo Jin, itulah nama di
kad pengenalanku . Tetapi lebih gemar dipanggil . . .
“Hyo
Jin !!” . Hah ! Panjang umur nama aku . Jeritan omma dipagi ni gerenti nak
bangunkan aku . Omma aku , Mrs Park seorang omma yang sangat aku sanjung dan
aku sayangi . Manakala appaku , Mr Park .
Seorang appa yang agak tegas tetapi pendiam .
Tanpa
membuang masa aku bangkit mencapai tuala lantas masuk ke tandas . Usai mandi
aku bersiap untuk melangkah ke alam Universiti . Sedar tak sedar umur aku sudah
mencecah 20 tahun . Setelah menyapu ‘lip balm’
dibibir nipisku aku menyikat rambut lurusku . Kelihatan agak seksi
bibirku .
Aku
terus melangkah menuruni anak tangga banglo 3 tingkat yang terletak di Bandar
Seoul. Banglo ini direka khas oleh abangku yang sedang bekerja sebagai arkitek
. Hiasan dalamannya berciri moden
tradisional . Meskipun zaman berubah , ommaku tetap memilih ciri tradisional .
Katanya kelihatan agak elegan dan klasik . Didapur kelihatan appa dan abangku sedang membaca surat khabar .
Manakala adik dan ommaku sedang menghidang sarapan . Tanpa membuang waktu aku
duduk disamping abangku .
Park Taejun ,
itulah abangku . Walaupun umurnya baru menjejaki 25 tahun , dia kelihatan lebih
muda dari umurnya . Mukanya yang
kelihatan lelaki macho , ditambah dengan badan yang sasa pasti membuat ramai
wanita yang tergoda akan ketampanannya .
Sedang
aku mengelamun mengenai ketampanan abangku , abangku pula sedang memandang
mukaku dengan muka yang hairan .
“Hyo
Jin .. Hello ..” . Sambil memetik-metik jarinya di hadapan mukaku .
Aku hampir
terkejut melihat reaksi muka abangku .
“Huh ! abang , terkejut Hyo Jin tau” . Abangku
juga agak terkejut dengan reaksi aku .
“Tadi abang
panggil Hyo Jin , Hyo Jin buat bodoh je” .
Belum sempat aku
menyambung ommaku telah bersuara . “Apa saja anak teruna dan anak dara omma
borak ni . Dahlah tu jom kita sarapan dulu” .
Tanpa
bersuara kami sekeluarga bersarapan . Usai makan appa mula memecah kesunyian .
“Hyo Jin , nanti nak daftar pergi dengan siapa ? Appa atau abang ?” .
“Hyo Jin , rasa
nak pergi dengan abang je lah . Appa kan busy dengan meeting . So I think
better I go with abang” . Appa hanya mendiamkan diri bermakna appa setuju
dengan cadangan aku .
Kemudian
aku dan abang meminta diri . Setelah bersalaman dengan appa dan omma , aku dan
abang melangkah menaiki kereta Sedan abangku .
Meskipun abang
bergaji besar , dia lebih suka berjimat . Itulah yang membuat abangku kelihatan
seperti lelaki idaman wanita.
Sepanjang
perjalanan kami berdua hanya mendiamkan diri . Mungkin sedang melayan perasaan
masing-masing . Setiba di tempat yang dituju aku dan abang turun dan jalan
beriringan masuk ke dewan pendaftaran . Dewan pendaftaran di Seoul University
sesak dipenuhi oleh para pelajar yang sedang mendaftar .
“Hyo
Jin , tunggu sini biar abang yang ambilkan borang untuk Hyo Jin . Lagipun sesak
ni mesti Hyo Jin tak biasa” .
Aku hanya mengangguk dan akur atas permintaan
abangku . Hampir 5 minit aku menunggu , akhirnya abangku datang dengan keadaan
berpeluh . Mungkin akibat beratur terlalu lama , detik hatiku
“Ok
ni borangnya . Hyo Jin tulislah sendiri abang nak pergi toilet dulu” .
Tanpa aku
bersuara abangku berlalu sambil bau minyak wangi Huge Boss melalui ruang
hidungku . Aku mula mencari tempat untuk duduk . Setelah ada meja kosong aku
terus duduk lalu mengisi borang yang abangku ambil sebentar tadi .
“Excuse
me , boleh tumpang duduk ?” . Kedengaran suara lalaki yang berkata-kata padaku
. Aku terus memandang ke arah suara yang berkata padaku .
“Wowww.” Tutur ku perlahan . Hampir terpesona
aku dengan ketampanan lelaki dihadapan aku ini .
“Oh , silakan lah
. Ni bukan hak saya pun” . Lelaki tersebut hanya tergelak kecil apabila
mendengar ayatku . Mungkin lawak pada pandangannya.
Ketika aku sedang
leka menulis borang , aku dapat merasakan lelaki di hadapan aku sedang
memerhatikan aku melalui ekor matanya . Aksinya membuat aku tak senang duduk
dan berdoa agar abangku segera kembali . Hampir 5 minit aku menunggu , batang
hidung abangku pun belum nampak .
“Hmm
, U ambil course apa ya ?” . Aku terus memandang wajah lelaki yang bertanya
padaku .
“I ambil course photographic . Why ?” .
Lelaki tersebut hanya mengangguk . “Nothing ,
just tanya je . By the way , Lee Byung Hun ! Panggil Ljoe je. U ?” . Sedap nama
tu , detik hatiku .
“Park
Hyo Jin, panggil Hyo Jin” , sambil menghulurkan tangan untuk berjabat sebagai
seorang rakan .
Belum sempat
lelaki tersebut menyambut salamku , tiba-tiba sepasang tangan menyambut tangan
lelaki tersebut dan berkata “I Park Taejun atau lebih dikenali sebagai Taejun”
. Ketika itu aku terkedu dengan tindakan pantas abangku . Tiba-tiba mereka
berdua ketawa bersama-sama .
Aku
semakin buntu apabila melihat kelakuan mereka berpeluk-pelukan seperti sudah
lama berkenalan .
“Hyo Jin ni member abang ketika di ‘U’ dulu .
Perkenalkan ni adik aku” . Aku sudah mengangguk faham sambil tersenyum kelat .
“Tak
payahlah kau nak kenalkan dekat aku . Aku awal-awal dah kenal . Kau dah
terlambat lah beb !” . Kedengaran abangku ketawa apabila mendengar ayat Ljoe.
“Eh , yang kau
buat apa dekat sini ? Takkan nak sambung study kot kau ni !” . Abangku terus
berhenti ketawa .
“Aku nak sambung
study lah . Sekarang aku nak ambil master . Baru nampak macam budak pandai” .
Abangku
kembali ketawa apabila mendengar kata-kata lelaki tersebut .
“Suka hati kau
lah . Eh , dah tengah hari ni . Aku kena masuk kerja . Ok lah , Hyo Jin tahukan
apa yang nak buat ! Kalau tak tau tanya je ‘abang’ Ljoe nie” .
‘Abang Ljoe’
meluat pula aku dengar ayat yang keluar dari mulut abang aku .
“Hmm. Tak apa lah . Tahulah Hyo Jin nak buat
sendiri” .
Abangku
terus pergi menuju ke kereta . Aku pula dengan selamba tinggalkan lelaki tu
keseorangan . Setelah menghantar borang , aku pun terus beredar untuk pulang ke
rumah . Sepanjang perjalanan pulang ke rumah menaiki teksi , aku asyik
terbayang wajah kacak Ljoe . Orangnya bolehlah tahan . Tingginya mungkin 180sm
, berbadan agak sasa , berkulit putih manis dan yang paling menyerlahkan lagi
wajahnya ialah senyuman dibibirnya . Aduh , kenapa aku teringat dia pula ni .
Setiba
dirumah , aku dapat melihat omma sedang menghias taman mini miliknya . Mrs Park
memang gemar dengan tanaman-tanaman yang ringkas ditambah pula dengan air
terjun buatan . Memang menyenangkan mana-mana orang yang sedang mengalami masalah
.
“Hai
omma !” . Hampir terkejut omma dengan salam yang aku bagi tadi .
“Haish Hyo Jin , terkejut omma tau . Anak dara
tak boleh jerit-jerit . Nanti orang lelaki lari pula” . Aku hanya ketawa kecil
melihat omma tak habis-habis berceloteh ibarat penceramah jemputan .
“Oklah omma . Hyo
Jin naik dulu . Badan da melekit ni” . Aku pergi meninggalkan omma sendirian
dengan taman mininya itu . Usai mandi aku terus mengadap laptop pemberian appaku
, Mr Park .
Aku terus
memasuki blog ciptaanku . Disitu aku selalu cerita tentang masalah dan
hari-hari yang aku jalani. Dan pembaca setia aku ialah Joe . Meskipun
identitinya masih tidak aku kenali tetapi dia merupakan teman yang sesuai
berkongsi suka dan duka aku .
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() RULES ![]() ![]() ![]() ![]() |