Kina ♥

home Fanfictions Facebook Twitter Ask.Fm follow

Chapter 2
0 Adorable | Sabtu, 20 April 2013 10:30 PTG


Sebarang kesilapan tatabahasa atau ejaan, mohon maaf :D

Hyojin POV

 
Makan malam hari ini banyak yang omma masak . Aku pun agak pelik sebab petang tadi omma menyuruh aku agar berpakaian cantik untuk makan malam . Katanya ada tetamu . Aku terus ke dapur untuk membantu omma . Adikku Hwang Hyungseuk hari ini sudah pulang ke asramanya , jadi tinggallah kami 4 beranak .

                “Omma , mana abang Taejun ? Dia tak balik lagi ke ?” .

Omma yang sedang mengoreng ikan terus memandang aku .

“Mungkin dia pergi jemput tetamu kita hari ini kot . Appa kamu pula mesti dibilik bacaannya . Pergi panggil appa Hyo Jin . Sekejap lagi tetamu dah nak datang” .

 ‘Tetamu’ ! Siapa yang dimaksudkan oleh omma . Tanpa membuang masa aku menaiki tangga menuju ke bilik bacaan appa .

                Jam sudah menunjukkan tepat pukul 8:30 malam . Dan abangku masih belum sampai . Perutku sudah mendendangkan lagu Gee iaitu lagu penyanyi korea kegemaranku . Manakala appa dan omma hanya kelihatan tenang menonton televisyen .  Diluar kedengaran hon kereta abangku , menandakan dia sudah pulang .

                Dengan pantas aku pergi membuka pintu . Belum sempat aku memarahi abangku , terkaku aku apabila melihat susuk tubuh manusia yang berada dihadapanku .

“Ljoe ?” itulah ayat pertama yang keluar dari bibirku ketika melihat manusia di depan mataku .

 Omma dan appa terus menghampiri aku yang masih kaget dengan kejadian ini .

“Eh , Ljoe . Kenapa lambat sampai . Lama uncle tunggu” .

Kelihatan appa bersalaman dengan Ljoe .

“Sorry uncle . Tadi masa Taejun datang , Ljoe belum bersiap sebab tertidur . Maaf ya semua !” .

Kemudian abangku pula datang menghampiri kami .

“Hah , apa tercegat lagi dekat sini . Jomlah makan . Taejun dah lapar ni disebabkan tunggu anak raja ni bersiap !” .

Mereka semua ketawa kecuali aku yang masih tak faham dengan situasi ini . Bagaimana omma dan appa mengenali Lee Byung Hun ?

Usai makan appa , abang dan Ljoe beredar ke ruang tamu . Manakala omma dan aku sedang mengemas dapur . Sempat juga aku mengintai Ljoe dari dapur . Malam ni dia kelihatan macho dengan baju t-shirt dan seluar jeans walaupun penampilannya ringkas .

                Habis makan malam Ljoe terus meminta diri untuk pulang . Abangku menawarkan diri untuk menghantar Ljoe , tetapi ditolak keras oleh Ljoe . Katanya ada orang yang ingin menjemputnya .

                Setelah Ljoe beredar , aku terus melangkahkan kaki ke dalam bilik lalu menghempaskan badan di atas katil .

 “Hmm . Siapa ya yang jemput dia . Tak kan girlfriend dia . Adoi , susah lah macam ni” . Fikiran aku hanya tertumpu siapa yang menjemput Ljoe . Makin difikir makin kusut kepala otak aku . “Eh , yang aku busybody pasal dia ni kenapa ! Ish” .

Lantas aku mengambil laptop lalu online blog ciptaanku . Malam ini aku lebih banyak bercerita megenai mengenai Ljoe a.k.a Mr.L . Aku memberi gelaran dia sebegitu agar orang lain tidak dapat mengenali dia .

Semasa aku mendaftarkan diri di universiti , aku terserempak dengan seorang lelaki yang ku gelar Mr. L  . Dia seorang yang sopan dan berbudi . Tapi sebenarnya aku lebih tertarik dengan wajahnya yang halus dan senyuman yang tersangat manis ! Aduh , bila teringat boleh jadi angau . Tapi malangnya aku merasakan bahawa Mr.L mempunyai girlfriend . Malam tadi keluarga aku menjemput dia untuk makan malam dirumah kerana dia rakan lama abangku . Ketika dia mahu pulang ada orang yang menjemputnya . Aku dapat merasakan bahwa itu kekasihnya . Wahai Mr. L andai kau tahu aku terluka saat melihat dirimu pergi bersamanya . Aku tahu perkenalan ini begitu singkat tetapi hatiku memaksa aku untuk mencintaimu . Aku berharap agar kau dapat memberiku sedikit kasih sayang dari dirimu . Aku juga berharap cintaku padamu tidak mengadakan jurang untuk kita tetap berkawan .

Sedang aku meng’update’ blogku kelihatan satu komen mengenai Mr. L . Apabila aku membuka kelihatan Joe yang memberi komen .

Hai , Hyojin. Mengenai cerita awak kali ni mungkin saya boleh beri sedikit pendapat . Saya tahu Mr. L mungkin lelaki pujaan awak , tetapi mungkin awak tak perlu berburuk sangka . Mungkin yang menjemput Mr. L ahli keluarga atau rakan . Untuk kepastian , awak terus saja bersemuka dengan dia . Tentang perasaan awak , better awak berterus terang saja dengan dia . Mungkin juga dia ada menyimpan perasaan pada awak . Lelaki sukar ingin menunjukkan cintanya kepada wanita . Mereka lebih menyimpan didalam hati . Untuk tahu awak perlulah berfikir cara ingin mengorek isi hati mereka . Good Luck . ( Joe)

Setelah aku membaca komen Joe aku terus menutup laptop ku . Mungkin benar juga kata dia . Tapi aku belum bersedia kerana baru pertama kali aku bertemu dia . “Hyo Jin kau kena kuat . Takkan sebab Lee Byung Hun kau lemah . Kau baru kenal dia Hyo Jin . Kau belum tahu siapa dia sebenarnya” Aku cuba yakinkan diri aku agar jangan mudah jatuh cinta .

Belum sempat aku melelapkan mata , abangku telah masuk ke bilikku .

 “Psstt adik” . Lantas aku bangun dari baringan aku .

 “Ya. Ada apa abang datang jumpa Hyo Jin ?” Malam ini abangku hanya bersinglet dan berseluar pendek . Terserlah badan sasa abangku .

“Abang nak cakap sesuatu . Tapi Hyo Jin janji jangan bagi tahu sesiapa ok also omma and appa . Promise ?” .

 Sambil abangku menunjukkan muka kesian dia . Abang aku tahu aku lemah bila melihat wajah kesian dia .”

Ok Hyo Jin promise . By the way , apa bang ?”. Kelihatan abang aku membetulkan kedudukannya di depan aku . Aku juga terikut-ikut melakukan aksi seperti abang aku .

“Sebenarnya abang ada jatuh cinta dekat seorang perempuan ni” . Kata abangku sambil malu-malu .

“OMG !” . Kedengaran suara aku yang sedikit menjerit akibat terkejut . Lantas abang menutup mulut aku .

“ Hyo Jin , Taejun ! Apa lagi tu tak tidur , kan dah lewat malam ni . Esok lambat bangun” .

Kedengaran omma memarahi kami berdua ditingkat bawah . Pantas abang berlari masuk bilik manakala aku sudah baring ditutup dengan selimut .
De Owner

Welcome to my Fanfiction Bloggie
Full name Nabilah Abu Hassan . My nickname Arebell .
Kina means Ki - Kikwang / K - Kai and Na - Nabilah XDDD lol
Breath since 6 February 1995 and originally Malaysian :')
Really-100x inlove with kpop !
My first bias Lee Kikwang B2ST !
Love to spazzing about kpop and really-10000x hate with annoying bullshit Haters :DD
RULES

Harsh word not allowed!
Kick out annoying haters.
No Advertisement .

Layout made by NaNa
Inspiration from mymostloved .